Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com

Kehidupan CINTA HATI FR

Tuesday, June 7, 2011

Untuk kau yang bernama TEMAN

Teman,
Aku mengenali mu dengan penuh rasa ikhlas,
Walaupun pada awalnya, aku hanya sekadar gurauan,
Setelah aku menilai kembali..
Tidak salah sekiranya kau ku ambil sebagai teman rapat.

Untuk kita berkongsi kemahuan kita,
Untuk kita bercerita apa yang tersirat di hati kita.

Teman,
Kau umpama air terjun,
Yang takkan putus menyirami hidup ku,
Yang sentiasa ada pabila aku memerlu,

Teman,
Jangan kau meragui keikhlasan hatiku,
Tahukah kau...
Aku sudah mula menyayangi diri mu,
Kau sudah ku letakkan di tempat yang teratas,
Maka,
Apa sahaja yang ku korbankan untukmu,
Adalah erti sebuah persahabatan..

Teman,
Fahamilah diriku,
Janganlah kau terlalu cepat menilai diriku,
Kenalilah sifat ku,
Kenalilah diriku,
Dan...
Selamilah hati ku.....

No comments:

Post a Comment