Hampir Lima Tahun aku menuntut ilmu,
Beberapa bulan sahaja lagi...
Tamatlah aku bergelar sebagai seorang pelajar...
Tidak sabar rasanya menunggu tiba masa yang di nantikan..
Sudah tiba masanya tanggungjawab ku sebagai seorang
anak mengembirakan keluarganya...
Umur sudah semakin mematangkan diri...
Fikiran sudah mula mahu menentukan jalan kehidupan...
Ikut kata hati mahu mencari punca rezeki,
ikut kata penjaga diri untuk terus berjuang menuntut ilmu,
Bonda dan ayahanda....
Ilmu itu memang harus di tuntut....
Bak kata pepatah 'Tuntutlah Ilmu sehingga ke Negeri China'
Tetapi...
Anak mu ini mahu membahagiakan kalian...
Sudah tiba masanya anakmu membalas jasa kalian....
Berilah peluang pada diri anak mu...
Ilmu itu boleh dituntut bila-bila masa...
Perjalanan hidup ku ini masih panjang jika diizinkan Allah,
Aku yang mencorak kehidupan ku sendiri,
Sementara ini,
Aku tidak memerlukan cinta daripada 'Adam'..
Cinta itu pasti akan datang dengan ketentuan Allah...
Aku mahu mencapai apa keinginan ku...
Aku mahu merealisasikan janji-janji ku pada Allah..
Cita-cita ku tersangatlah melangit tingginya..
Semoga Allah membantu aku...
Aku memang tidak suka bercampur..
Aku seorang yang cerewet akan siapa yang aku ingin kenali..
Kadang-kadang,
Tersungkur juga aku dalam memilih seperjuangan...
Alhamdullilah..
kembali jua ke pangkal jalan...
Ku akan berusaha mencapai segala keinginan ku..
Bantulah hamba MU ini Ya ALLAH...
Sesungguhnya Engkau lah tempat aku meminta pertolongan..
Engkaulah Yang Maha Penyayang akan semua hamba-hamba Mu...
dan Engkaulah Yang Maha Esa Lagi Maha Agung....
Amin...
Salam Muhibah~ Farah Rozman.....
No comments:
Post a Comment