Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com

Kehidupan CINTA HATI FR

Friday, July 29, 2011

Teman Hidup

Hidup ini bagaikan sebuah cerita
Yang dihiasi dengan makhluk ciptaan Tuhan.

Hidup ini mudah sekiranya kita mengatur langkah
yang betul..
Tetapi setiap manusia ade cabaran dan dugaannya.

Hidup keseorangan memang seronok,
Hanya memikirkan tentang diri kita.
Tetapi..
Allah telah menciptakan setiap hambaNya
berpasang pasangan...

Maka setiap manusia tidak boleh hidup berseorangan.
Jadi, cepat atau lambat...
Pasangan itu pasti jelma untuk mengisi kekosongan di hati ini....

Salam manis
~ FR ~

Sunday, July 24, 2011

Pertemuan Terakhir

Kau mengisi ruang masaku,
Kau menembusi seluruh fikiran ku,
Kau membuat aku gembira tertawa,
Kau ibarat awan yang sentiasa ada dgn ku...

Dipertemuan terakhir..
Ku meluahkan isi hatiku,
Aku mengungkap kata-kata ku,
Aku menyusun setiap baris ayat ku,
Supaya dikau berasa dihargai.

Dipertamuan terakhir..
Kau meninggalkan kenangan yang tak boleh dilupakan,
Kau memeluk erat tubuhku,
Kau menggengam erat tangan ku,
Bagaikan magnet.. :)

Dipertemuan terakhir..
Kau ku berikan hadiah,
Dikala kau merindui aku,
Hadiah itu lah sebagai pengganti ku,
Sematkanlah di sanubari mu.

Dipertemuan Terakhir..
Air mata mencurah jatuh,
Hatiku sayu dan sedih,
Tiada lagi sentuhan mu,
Tiada lagi genggaman mu,
Hanya wajah menghiasi mindaku,
Hanya suara terngiang2 di telinga ku,
Hanya senyuman mu yang mengukir di bibir ku..

Andai ada lagi pertemuan selepas ini...
Kau takkan ku lepas...

Salam Manis
~FR~