Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com

Kehidupan CINTA HATI FR

Thursday, February 17, 2011

Typography - Word


Design by Farah Rozman

Typography

Design by Farah Rozman

sEmalaM

Semalam,

Mendengar rintihan suara,
Penuh dengan harapan,
Menunjukkan keprihatinan,
Memberikan kesedaran.

Semalam,

Hati tersentuh,
Keikhlasan terpancar,
Luahan rasa tersembur,
Air mata terjatuh.

Semalam,

Fikiran melayang,
Mengimbau kelakuan,
Membetulkan apa yang kurang,
Tertidur hingga ke siang.

Semalam,

MENERIMA DENGAN IKHLAS,
MENDENGAR SEPENUH HATI,
BERSERAH PADA YANG ATAS,
SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI.

Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya
adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika
ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang
kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian
ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah
pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi
manusia.

Doktor : “??$$??”

Wednesday, February 16, 2011

Selesai...

Cukup setahun aku telah berkhidmat pada Majlis Perwakilan Pelajar sebagai SACRETARIAT, banyak yang dipelajari selok belok kampus sendiri..So skrg nak focus untuk final year study!! hehehehehe